Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera apabila Israel meningkatkan keganasannya dengan melancarkan serangan ke atas sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di kem pelarian Jabaliya di Gaza.
Turut menjadi sasaran rejim Yahudi itu adalah sebuah masjid di kem pelarian di Shati, di bandar Gaza, awal pagi semalam.