Pertempuran antara tentera Kiev dan kumpulan pemisah Ukraine, hari ini sekali lagi menghalang pasukan penyiasat antarabangsa untuk masuk ke lokasi pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 terhempas selepas ditembak jatuh di Ukraine, 17 Julai lalu.
Selain kumpulan pakar dari Belanda dan Australia yang tidak dapat meninggalkan Donetsk ke kawasan kejadian itu di timur Ukraine, turut terkandas adalah kumpulan pemerhati OSCE.