Ibu bapa ratapi kematian anak, jumlah korban meningkat

2015-08-11 6

Angka korban gempa bumi yang melanda sebahagian wilayah barat daya China kini mencecah 391 orang dengan lebih 1,800 lagi cedera.

Dianggarkan 12,000 kediaman musnah akibat gempa bumi tengah hari Ahad lalu di wilayah mundur Ludian, kira-kira 370 kilometer Timur Laut ibu negeri Yunnan, Kunming.

Ramai ibu bapa juga yang terlalu sedih dan enggan kebumi mayat anak mereka.