ADUN gesa waris mangsa kubur rosak hubungi MBPJ

2015-08-11 2

Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San meminta ahli keluarga atau waris yang mempunyai kubur yang dirosakkan di tanah perkuburan Kristian di Kampung Tunku supaya menghubungi Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Katanya, tindakan itu sebagai mengemakini rekod dan maklumat serta membaik-pulih batu nisan berkenaan.

Pada pertengah bulan lalu, 21 buah batu nisan dirosakkan manakala pintu sebuah surau yang berseberangan dengan kawasan perkuburan Kristiandikopak dipercayai dicerobohi.