Bunyi tembakan artileri berhampiran lokasi nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 memaksa pasukan penyiasat antarabangsa memendekkan tempoh lawatan mereka di kawasan sisa pesawat berkenaan terhempas.
Menurut Pertubuhan Kerjasama dan Keselamatan Eropah (OSCE) mereka dapat mendengar bunyi tembakan itu dalam jarak kira-kira dua kilometer dari tempat mereka berada.
Tambahnya, pasukan penyiasat sebelum ini telah bersetuju dengan tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak pro-Rusia untuk memasuki perkampungan Petropavlivka dalam operasi mencari sisa nahas pesawat.