Pejabat MB minta SPRM siasat dakwaan salahlaku

2015-08-11 1

Satu laporan dibuat oleh kumpulan penyokong pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan mengenai salah laku integriti Menteri Besar Selangor itu seperti yang didakwa oleh PKR.

Laporan dibuat oleh ketua setiausaha sulit beliau, Mohamad Yazid Bidin di pejabat SPRM Shah Alam petang ini.

Mohamad Yazid turut menyerahkan kepada SPRM dokumen yang dikemukakan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang didakwa sebagai bukti salah laku berkenaan.