Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad hari ini memaklumkan bahawa pihaknya masih menyiasat perniagaan syarikat YSLM yang menjurus kepada skim cepat kaya.
Katanya, syarikat berkenaan bekerjasama dengan sebuah syarikat tempatan yang juga sedang disiasat, khususnya akaun syarikat berkenaan.