Sidang media sokong Wan Azizah jadi MB kecoh

2015-08-11 0

Sidang media PKR Selangor yang sepatutnya dibuat untuk menyokong Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menjadi kelam-kabut dan kecoh apabila muncul kenyataan palsu bertulis dengan mesej lain turut diedarkan.

Sidang yang diketuai Timbalan Pengerusi PKR Selangor Zuraida Kamaruddin itu menyatakan semua ADUN, ahli parlimen dan ketua cabang negeri, kecuali pengerusinya Azmin Ali dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menyokong sepenuhnya keputusan parti itu.

Kenyataan media yang diedarkan semasa sidang media berlangsung pula menyatakan "Majlis Pimpinan Keadilan Negeri Selangor", mencadangkan dua nama iaitu Azmin dan Wan Azizah sebagai menteri besar menggantikan Khalid.