Bumi Gaza tenang seketika, penduduk pulang ke rumah

2015-08-11 9

Kehidupan di Semenanjung Gaza yang teruk dihujani bedilan tentera Israel tenang seketika pada Rabu lalu berikutan gencatan senjata di antara rejim Tel Aviv dan pejuang Hamas berjaya bertahan selama dua hari.

Kedai, bank dan pasar mula dibuka semula.

Orang ramai juga mula berani keluar kerana yakin bahawa gencatan senjata 72 jam, yang bermula Selasa lalu mampu bertahan bagi mengakhiri pertempuran 29 hari yang menyaksikan 1,875 rakyat Palestin terbunuh.