Lembaga Disiplin PKR hari ini mengarahkan Tan Sri Khalid Ibrahim tampil memberi penjelasan berhubung isu kontroversi yang menyebabkan timbul gesaan agar beliau disingkirkan dari jawatan menteri besar Selangor.
Pengerusinya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata Khalid perlu menghadiri sesi pendengaran berkenaan di ibu pejabat parti, di Petaling jaya pada jam 3 petang esok.