BN sokong Khalid demi kepentingan rakyat S'gor, kata MCA

2015-08-10 0

MCA percaya kenyataan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bertujuan menjaga kepentingan rakyat khususnya dalam isu air.

Menurut Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong, krisis di Selangor adalah masalah Pakatan Rakyat dan mereka tidak harus mengheret dan mempersalahkan BN berhubung apa yang berlaku.