Bola di kaki Khalid, kalau dia sayang S'gor, kata Saifuddin

2015-08-10 1

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata sekiranya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersedia berundur dengan segera, ini akan membantu proses pelantikan menteri besar Selangor yang baru.

Katanya, bola kini di kaki Khalid dan sekiranya jika beliau menyayangi rakyat Selangor, maka dirinya perlu menghormati hakikat bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan daripada parti yang pernah diwakilinya.