Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP hari ini sebulat suara menyokong usul PKR bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Khalid tidak lagi mempunyai mandat untuk terus berkuasa dan sepatutnya berundur secara terhormat.
Beliau juga memaklumkan semua 15 ADUN parti itu menyokong keputusan berkenaan.