Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Khalid Samad mempersoalkan motif BN yang memberi sokongan tanpa sebarang syarat kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, tindakan itu memberi gambaran kepada pengkritik untuk mengandaikan semestinya ada sesuatu perjanjian sulit antara BN dengan beliau sehingga sokongan kukuh sebegitu rupa dinikmati.