Krisis S'gor: SAMM minta Istana tak jadi benteng pihak tertentu

2015-08-10 4

Soldariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mewakili aspirasi anak muda mahu Raja-raja Melayu, khususnya pihak Istana Selangor bersama rakyat menjadi penyelesaian masalah krisis di negeri itu.

Ketuanya, Badrul Hisham Shaharin berkata, krisis ini perlu ditamatkan setelah satu pihak berjaya mendapat majoriti dan pihak istana tidak seharusnya menjadi benteng kepada pihak-pihak tertentu.

Menurutnya, pihak istana perlu memanggil mengadap kedua -dua pihak untuk mencari penyelesaian kemelut menteri besar itu.