Nik Aziz bersyukur Pakatan Rakyat kekal

2015-08-10 1

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat bersyukur kerana Pakatan Rakyat yang dilanda krisis menteri besar Selangor terus bersatu dan masih kukuh.

Bercakap kepada Kelatan TV di Kota Bharu, selepas diberi taklimat berhubung keputusan Jawatankuasa Pusat PAS dan juga mesyuarat Pakatan Rakyat oleh Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, katanya Islam adalah agama tauhid dan PAS akan meneruskan tahaluf siyasi dengan rakan-rakan dari PKR dan DAP.