Puak Yahudi konservatif ganggu majlis kahwin

2015-08-10 1

Polis Israel semalam menghalang lebih 200 anggota puak Yahudi konservatif daripada mengganggu majlis perkahwinan antara wanita berketurunan Yahudi dan lelaki Arab beragama Islam, di sini.

Puluhan anggota polis, termasuk anggota unit elit menghalang anggota daripada Pertubuhan Pencegahan Asimilasi di Tanah Suci (Lehava).

Kumpulan itu mengadakan tunjuk perasaan sambil berteriak 'Kematian untuk Arab' dan cuba memasuki pagar dewan di mana majlis perkahwinan itu diadakan.