Nak minta seringgit dari Khalid pun susah, kata exco PAS

2015-08-10 3

Exco Selangor dari PAS mendedahkan pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sepanjang enam tahun ini hanya dibelenggu satu masalah, iaitu susah memberi wang untuk program negeri.

Bagaimanapun Dr Halimah Ali menjelaskan, tindakan itu menunjukkan Khalid seorang yang amat berhati-hati dalam membuat keputusan agar dapat memberi manfaat kepada rakyat.