Wabak Ebola yang menular di Barat Afrika sudah mengorbankan lebih 1,200 orang sejak ia dikesan pada Disember 2013, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Dalam memberikan angka terkini wabak itu, jurucakap WHO berkata lebih 2,200 orang sudah dijangkiti virus yang membawa maut.
Pihak berkuasa kini bertungkus-lumus untuk mengawal wabak itu daripada merebak yang dikesan bermula di Guinea sebelum menular ke Liberia, Sierra Leone dan Nigeria.