PAS tolak rayuan Anwar, tetap mahu kemuka 2 nama

2015-08-10 2

PAS tidak mengendahkan rayuan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan sebagai menteri besar.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi berkata parti Islam itu tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana yang meminta sekurang-kurangnya dua nama dikemukakan untuk pertimbangan baginda.