Ribuan orang menyertai satu pesta yang unik di Sepanyol setiap tahun iaitu acara membaling tomato atau 'tomatina'.
Acara tahunan di Bunol, yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Valencia, menyebabkan jalan raya di bandar berkenaan bertukar menjadi merah.
Kira-kira 125 tan tomato yang sudah masak ranum digunakan dalam pesta yang disertai oleh 22,000 orang, kebanyakan mereka adalah pelancong luar.