Khalid gesa ahli tinggalkan PAS jika tak sokong Pakatan

2015-08-10 5

Ahli PAS yang tidak bersetuju dengan pembabitan parti itu dalam Pakatan Rakyat perlu keluar parti daripada menimbulkan pelbagai masalah dalaman, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Khalid Samad.

Katanya, konsep tahalluf siyasi adalah keputusan muktamar dan mereka yang tidak mahu mematuhinya boleh menyertai Umno dan meninggalkan PAS.