Khalid: Saya pada Rabu akan buat beberapa kenyataan

2015-08-10 8

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini enggan membuat sebarang ulasan mengenai kedudukannya sebagai menteri besar Selangor selepas dipecat dari PKR dan tidak mendapat sokongan ADUN Pakatan Rakyat kecuali dari PAS.

Semasa hadir, di Pesta Buku Selangor di Shah Alam, beliau yang diasak oleh wartawan cuma memberitahu bahawa dirinya akan membuat beberapa kenyataan pada Rabu akan datang.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula terus mengelakkan dirinya daripada berjumpa dengan wartawan yang ingin mendapatkan ulasannya berhubung isu kemelut menteri besar Selangor dan spekulasi bahawa parti itu mahu bekerjasama dengan Umno.

Hadi selepas menyampaikan ucaptama pada forum Wacana Kemerdekaan di Universiti Selangor (UNISEL) Shah Alam, pagi ini terus beredar tanpa mahu berjumpa dengan wartawan.

Pembantunya, Mohd Adram Musa memberitahu Abdul Hadi tidak mahu bercakap dengan media pada masa ini.