Satu lagi video yang memaparkan seorang lagi wartawan Amerika Syarikat dipancung oleh kumpulan ekstremis yang menguasai sebahagian besar wilayah di Syria dan Iraq dimuat-naik.
Serentak dengan itu kumpulan yang dipercayai terbabit dengan pergerakan Negara Islam (IS) memberi amaran kepada Presiden Barack Obama bahawa lebih ramai rakyat Amerika akan mengalami nasib sama.