Najib nak tunjuk garang pada Dr M, kata PKR

2015-08-10 5

PKR berpendapat siri dakwaan terhadap ahli akademik dan ahli politik Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini berlaku kerana Datuk Seri Najib Razak ingin membuktikan beliau juga tegas seperti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Bukit Katil Shamsul Iskandar Mad Akin berpandangan yang siri dakwaan itu hanya dibuat selepas Dr Mahathir mengkritik dan menarik balik sokongannya pada Najib yang disifatkannya sebagai "terlalu lembut" dalam isu-isu penting.