Istana Selangor dukacita dengan tindakan DAP dan PKR yang hanya menyenaraikan satu nama untuk dipilih sebagai menteri besar bagi pertimbangan Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Setiausaha sulit baginda Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar, berkata, tindakan berkenaan menggambarkan kebiadapan kedua-dua parti itu kepada Institusi Raja.