Pelajar M'sia antara terkandas dalam banjir India-Pakistan

2015-08-10 15

Kementerian Luar mengesahkan bahawa beberapa pelajar perubatan Malaysia adalah antara ribuan mangsa banjir yang terkandas di wilayah Jammu dan Kashmir sejak beberapa hari lalu.

Mereka adalah dari Kampus Perubatan Manipal di Karnataka, yang sebahagian besar adalah di bawah tajaan JPA dan MARA serta beberapa pelajar swasta.

Seramai 10 pelajar wanita pula dilaporkan berada di Pahalgam dan tidak dapat dihubungi manakala 19 pelajar lagi dilaporkan terperangkap di sebuah hotel di Srinagar.