Pakatan patut berdaftar, tapi logo pun tak selesai - PasMA

2015-08-10 0

Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) menjelaskan bahawa NGO itu amat prihatin dengan masa depan Pakatan Rakyat dan bertekad mahu memastikan PAS kekal dalam gabungan itu.

Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi pada forum malam semalam, membidas pemimpin Pakatan yang katanya sehingga hari ini masih dalam peringkat persefahaman sedangkan mereka sepatutnya sudah menubuhkan satu organisasi yang berdaftar.