Obama ikrar buru militan IS di Syria, Iraq

2015-08-10 2

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berjanji akan memburu pergerakan militan Negara Islam (IS) di Syria dan sedang memperluaskan operasinya di Iraq.

Obama, yang mahu sejarah mengenang beliau sebagai presiden yang menamatkan dekad peperangan asing, melancarkan peningkatan operasi di Asia Barat dan berikrar untuk membantu pasukan keselamatan Iraq.