Hasrat Ketua Pemuda PKR, PAS dan DAP untuk menyampaikan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagi menggesa Akta Hasutan dimansuhkan tidak menjadi kenyataan apabila diberitahu beliau mempunyai aturcara lain.
Sebaliknya, ia hanya diterima oleh seorang wakil kementerian yang memaklumkan bahawa tiada perkembangan berhubung cadangan penghapusan akta berkenaan.