Menjelang pilihan raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor, MCA menggesa kerajaan Kelantan pimpinan PAS supaya melupakan hasratnya untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Ketika membuat gesaan tersebut, Ahli Jawatankuasa MCA pusat, Lua Choon Hann berkata adalah baik jika PAS boleh membuat pengumuman penting itu di depan mana-mana wat Buddha di kawasan pilihan raya itu, untuk menunjukkan keikhlasan dan rasa hormatnya kepada agama bukan Islam dan orang bukan Islam, khususnya masyarakat Cina dan Thai.