'Perlu lebih tegas jatuh hukuman kes hasutan'

2015-08-10 2

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menggesa para hakim yang mendengar kes di bawah Akta Hasutan supaya bertindak lebih tegas dalam menjatuhkan hukuman.

Bercakap pada forum bertajuk 'ISA: Masih relevan atau tidak?' di Kuala Lumpur hari ini, katanya, ketegasan diperlukan bagi membuat rakyat takut dan gerun untuk membuat kesalahan khususnya dalam kes membabitkan hubungan kaum dan hasutan.