Hadi tak hadir mesyuarat Pakatan, pemuda kena 'boo'

2015-08-10 22

Susulan rungutan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak hadir dalam beberapa kali mesyuarat Pakatan Rakyat, perwakilan Pemuda PAS Malaysia menegur 'pemegang diari' beliau.

Mohd Sany Hamzan berkatanya hal demikian penting bagi membolehkan Abdul Hadi hadir dalam mesyuarat Pakatan untuk membuat "keputusan penting" demi memperkukuhkan gabungan parti pembangkang itu.