Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mengingatkan bahawa baginda bukanlah sahaja berfungsi dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa baginda adalah untuk melihat negeri dan rakyat hidup dalam keamanan dan maju jaya.
Titah baginda, krisis yang berlaku berhubung isu menteri besar Selangor telah membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap politik di Selangor.