Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan agar PAS mengetuai Pakatan Rakyat jika gabungan benar-benar serius mahu membentuk sistem dua parti yang kukuh bagi menyaingi BN.
Katanya, beliau membuat cadangan itu kerana menurutnya PAS merupakan parti dengan majoriti orang Melayu seperti Umno - yang mengetuai BN.