MCA bantah keputusan percubaan SPM tak diiktiraf ke universiti

2015-08-10 8

MCA hari ini membantah keputusan Kementerian Pendidikan yang tidak lagi membenarkan keputusan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) digunakan sebagai syarat kemasukan ke mana-mana universiti di dalam negara.

Timbalan Presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, keputusan itu merugikan bukan sahaja pihak universiti tetapi juga pelajar berkenaan.