Hina Rara, Dyana, Melati: DAP buat laporan kepada SKMM

2015-08-10 21

Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung tindakan beberapa pihak yang dianggap sebagai kenyataan yang "kejam, tak berhati perut dan "seksis" terhadap anggota wanita baru DAP.

Beliau yang juga pengerusi biro undang-undang nasional DAP berkata serangan terhadap Dyana Sofya Mohd Daud, Young Syefura Othman dan Jamila Rahim kerana pembabitan mereka dengan DAP dianggap "penghinaan terhadap semua wanita".