Tangguh dulu laksana tuduhan hasutan, desak GHAH

2015-08-10 2

Polis dan Peguam Negara perlu menangguhkan penggunaan selanjutnya Akta Hasutan 1948 sehingga perkara berkaitan perlembagaan diselesaikan di Mahkamah Tinggi, kata NGO Gerakan Mansuh Akta Hasutan (GHAH).

Menurut mereka, ini berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam untuk membenarkan pensyarah undang-undang Azmi Sharom mencabar kesahan tuduhan hasutan terhadapnya di Mahkamah Tinggi.