Penunjuk perasaan terus desak pemimpin HK berundur

2015-08-10 1

Ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong terus mengadakan bantahan sambil mendesak ketua eksekutif negara itu, Leung Chun-ying supaya meletak jawatan hari ini.

Kira-kira 3,000 orang berhimpun di luar bangunan kerajaan manakala China pula memberi amaran kepada Amerika Syarikat supaya tidak mencampuri urusan negara itu.