Sabotaj UPSR: Boleh jadi DAP, kata menteri

2015-08-09 3

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan Dewan Rakyat bahawa setakat hari ini pihak berkuasa belum memastikan bahawa kebocoran soalan peperiksaan UPSR baru-baru ini adalah perbuatan sabotaj ataupun sebaliknya.

Menjawab soalan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang yang berkata ia mungkin perbuatan Umno, katanya, perkara itu juga mungkin tindakan DAP tetapi memberi jaminan bahawa ia masih dalam siasatan.