Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut penjelasan dan pengakuan kerajaan bahawa ia akan menghentikan tindakan mengganas menggunakan Akta Hasutan 1948 ke atas ahli politik, akademik, pelajar dan wartawan.
Katanya, tindakan kerajaan menyalah-guna undang-undang warisan penjajah itu bukan sahaja menyalahi prinsip demokrasi tetapi bertentangan dengan dua jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu memansuhkannya dan menjadikan Malaysia lebih demokratik.