Hutang RM32 juta Deepak, ahli parlimen bertikam lidah

2015-08-09 1

Nama saudagar permaidani, Deepak Jaikishan muncul kembali dalam perbahasan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Koperasi Malaysia (Pindaan) 2014 di Dewan Rakyat hari ini.

Pertikaman lidah tercetus apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menggesa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menjelaskan sama ada beliau dinasihati oleh Suruhanjaya Koperasi apabila mengeluarkan arahan khas berhubung hutang Deepak kepada Bank Rakyat yang berjumlah RM32 juta.