Ahli Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah membidas tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel kerana dakwanya kerajaan BN kini kekurangan wang.
Katanya, kerajaan selama ini terlalu bergantung kepada pendapatan daripada hasil minyak dan gas serta tidak lagi progresif manakala rakyat pula terpaksa menanggung bebanan itu.