Soalan jet NR1: Putarajaya tutup kemas mulut

2015-08-09 2

Putrajaya hari ini menutup kemas mulut mereka apabila ditanya sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggunakan jet rasmi negara untuk bercuti di Eropah selepas selesai melakukan lawatan rasmi ke Netherlands.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menggesa Putrajaya agar mendedahkan laluan pesawat Airbus A319CJ dikenali sebagai NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA yang terbang di Eropah di antara 1 hingga 15 Ogos lalu.