HK kembali normal, penunjuk perasaan berkurangan

2015-08-09 2

Jumlah penunjuk perasaan pro-demokrasi Hong Kong semakin berkurangan selepas kerajaan China memberi maran supaya bersurai meninggalkan kawasan itu.

Bagaimanapun masih ada segelintir aktivis yang berkhemah di jalan-jalan raya di bandar ini.

Penjawat awam juga mula kembali bekerja di ibu pejabat kerajaan, selepas berlaku protes besar-besaran sepanjang minggu lalu sejak 28 September lalu.

Menurut BBC, penunjuk perasaan dilihat membuat satu keputusan strategik yang mungkin bersifat sementara selepas keletihan setelah demonstrasi itu memasuki minggu kedua.

Aktivis itu dilaporkan mendapat galakan daripada berita yang melaporkan bahawa pemimpin pelajar emulakan rundingan dengan pegawai kerajaan bagi meletakkan asas kepada pembaharuan politik di pulau bekas koloni Britain ini.

Dalam pada itu, sekumpulan penunjuk perasaan dilihat mula membuka penghadang yang dipasang menujuk ke kompleks kerajaan, namun hanya membuka laluan sempit bagi membolehkan kakitangan kerajaan masuk untuk memulakan tugas.

Sementara itu, sekolah-sekolah menengah yang terjejas ekoran demonstrasi itu turut mula dibuka.