Letupan di Bukit Bintang: MP gesa polis segera bertindak

2015-08-09 15

Ahli Parlimen DAP Fong Kui Lin mahu polis bertindak segera bagi menyelesaikan kejadian letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 4.30 pagi tadi hingga menyebabkan seorang lelaki terbunuh manakala 14 lagi cedera.

Katanya sebagai pusat tarikan pelancong kejadian itu memberi imej yang buruk kepada negara.