Pesakit pertama Ebola di Amerika meninggal dunia

2015-08-09 6

Mangsa pertama dijangkiti Ebola di Amerika Syarikat meninggal dunia semalam.

Dia dikenal-pasti sebagai Thomas Eric Duncan, seorang lelaki Liberia yang mati di Hospital Dallas.

Duncan dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simpton menghidap Ebola ketika dia tiba di Amerika.

Rawatan yang lewat terhadap Duncan serta jangkitan ke atas seorang jururawat yang merawat pesakit Ebola di Sepanyol meningkatkan lagi kebimbangan negara-negara Barat mengenai kemampuan mereka untuk menyekat penyakit.

Setakat ini virus Ebola ini yang meragut 3,800 orang di Afrika Barat.

Dalam perkembangan berkaitan, Amerika mengumumkan langkah lebih ketat menangani merebaknya wabak membawa maut itu.

Pemeriksaan lebih ketat diadakan di lapangan terbang.

Pemeriksaan terhadap penumpang itu termasuk mengambil bacaan suhu badan pengunjung dari Afrika Barat yang meliputi lima lapangan terbang utama di Amerika.

Pengawal sempadan juga diminta memantau dan memeriksa rapi kemasukan mereka yang sakit dan segera melaporkannya kepada Pusat Kawalan Penyakit.