PAS hari ini mengambil keputusan untuk menggantung keahlian dua ADUN Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharudin, selama setahun kerana menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.
Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, kedua-dua ADUN berkenaan boleh mengemukakan rayuan mereka secara bertulis dalam tempoh 15 hari.