Rakyat keluh: BR1M - RM950 tak cukup kurang kos sara hidup

2015-08-09 17

Berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kadar bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M yang dinaikkan daripada RM600 kepada RM950 semasa pembentangan bajet 2015 semalam, Kinitv meninjau pandangan orang ramai tentang keberkesanan bantuan itu bagi mengurangkan bebanan kos hidup mereka.

Kami dapati ramai yang masih mengeluh dan mendakwa jumlah itu tidak memadai kerana pada masa yang sama kerajaan mengenakan cukai baru GST yang akan menyaksikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan lain naik.