Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah mengesahkan pelan sasaran subsidi bahan api sudah siap dan akan diumumkan pada masa terdekat ini.
Tanpa mahu mengulas lanjut, katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat pengumuman berkenaan.